Tuesday, July 7, 2009

Permainan Tradisional


Permainan Tradisional yang telah saya pelajari ialah capteh,teng-teng,congkak,yeh-yeh,batu seremban dan guli. Semua permainan tradisional itu ada cabaran dan kita harus memikir untuk menyelesaikan cabaran itu .

Saya suka bermain permainan congkak kerana saya baru belajar tentang permainan itu dan ia sangat menarik .

Wednesday, March 4, 2009

Taman Tema yang telah saya lawati

Taman tema yang telah saya lawati ialah 'Berjaya Times Square' dan terletak di Kuala Lumpur,Malaysia. Tempatnya besar dan istimewa. Di dalam taman tema itu ada 'roller coaster' tetapi saya tidak menaiki ia kerana saya masih kecil semasa pergi ke sana. Saya membeli-belah dan juga makan makanan yang lazat yang terdapat di taman tema itu. Tempat itu juga ada beberapa restoran dan teater yang besar.
Perbezaan antara 'Berjaya Times Square' dengan taman tema yang terdapat di Singapura ialah tempatnya besar dan ia lain daripada yang lain. Taman tema di Singapura kecil tetapi menyeronokkan kerana ada juga yang istimewa yang boleh terdapat di tempat tersebut.

Tuesday, February 24, 2009

Filem yang saya tonton

Filem yang saya tonton ialah 'Ayat-ayat Cinta'. Saya suka filem ini kerana ceritanya amat baik dan watak-wataknya sangat bagus. Filem ini adalah tentang dua wanita suka akan seorang lelaki yang sama. Nama kedua-dua perempuan itu ialah Maria dan Aisyah dan lelaki itu bernama Farid. Mereka berasal daripada Indonesia tetapi berada di Mesir untuk belajar,terutama Farid,dia belajar di universiti Al-Azhar. Ramai perempuan di universiti itu suka kepada Farid kerana wajah dan kebaikannya. Satu hari,Maria jatuh sakit kerana patah hati apabila mendengar Aisyah sudah berkahwin dengan Farid. Farid pun dituduh oleh seseorang perempuan ini lalu berkata yang Farid merogolnya tetapi semua itu fitnah.Di akhir cerita ini,Maria meninggal dunia kerana penyakit yang dialaminya sangat berbahayakan. Farid dan Aisyah pun berasa sedih tetapi bertabah kerana Aisyah sedang mengandung.

Monday, February 9, 2009

Kenali Saya

Nama saya NurFarahindun bte Mohd Daud. Saya ada lima ahli keluarga.Dua orang ibubapa dan tiga abang yang sudah meningkat umur remaja.Saya adalah anak bongsu. Abang sulung saya bernama Dinie Azfar,19 tahun dan yang kedua adalah Haziq Amsyar yang berumur 18 tahun.Abang yang ketiga saya bernama Syafiq Asyraf dan berumur 16 tahun.


Saya suka membuat lawak dan berketawa. Kadang kala,saya panas badan kalau sesiapa membuat saya marah.Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam dan laksa.


Hobi saya adalah bermain badminton dan juga mengayuh basikal kerana kegiatannya sihat. Saya bermain badminton sejak saya berumur 10 tahun. Saya meluangkan masa dengan bermain badminton bersama abang-abang.