Tuesday, February 24, 2009

Filem yang saya tonton

Filem yang saya tonton ialah 'Ayat-ayat Cinta'. Saya suka filem ini kerana ceritanya amat baik dan watak-wataknya sangat bagus. Filem ini adalah tentang dua wanita suka akan seorang lelaki yang sama. Nama kedua-dua perempuan itu ialah Maria dan Aisyah dan lelaki itu bernama Farid. Mereka berasal daripada Indonesia tetapi berada di Mesir untuk belajar,terutama Farid,dia belajar di universiti Al-Azhar. Ramai perempuan di universiti itu suka kepada Farid kerana wajah dan kebaikannya. Satu hari,Maria jatuh sakit kerana patah hati apabila mendengar Aisyah sudah berkahwin dengan Farid. Farid pun dituduh oleh seseorang perempuan ini lalu berkata yang Farid merogolnya tetapi semua itu fitnah.Di akhir cerita ini,Maria meninggal dunia kerana penyakit yang dialaminya sangat berbahayakan. Farid dan Aisyah pun berasa sedih tetapi bertabah kerana Aisyah sedang mengandung.

No comments:

Post a Comment